Monday, July 23, 2012

Lajim jumpa Nik Aziz di Kota Bharu

Lajim jumpa Nik Aziz di Kota Bharu

Rizal Tahir, 23 Jul 2012

(Lajim dan Tuan Guru Nik Aziz penuh ceria dalam pertemuan mereka di Kota Bharu hari ini)

KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.


(Lajim bersalam dengan TG Nik Aziz dalam pertemuan mereka pagi tadi)

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.


Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru.

Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru.

Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama  berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil.

“Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap.

Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia.

“Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu.

Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis daerah di negeri ini.

Lajim jumpa Nik Aziz di Kota Bharu

Lajim jumpa Nik Aziz di Kota Bharu

Friday, July 20, 2012

Nizar: Cara Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran

Nizar: Cara Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran: Al-QURAN adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran d...

Sunday, July 15, 2012

Nizar: RUNTUH LAGI! : TAK LAMA LAGI UMNO BARU PULA RUNTUH...

Nizar: RUNTUH LAGI! : TAK LAMA LAGI UMNO BARU PULA RUNTUH...: Runtuh lagi, bertimpa-timpa projek runtuh. seperti mana skandal memberi projek kepada kroni, barangkali Tuhan nak tunjukkan kepada kita ...

Tuesday, June 19, 2012

Nizar: 'Saifuddin-Salahuddin winneable candidate' | Prof ...

Nizar: 'Saifuddin-Salahuddin winneable candidate' | Prof ...: SHAH ALAM - Moderator Debat Sinar, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar menggulung debat malam tadi dengan menyifatkan kedua-dua pendebat - Datu...

Sunday, May 20, 2012

SebatikCT-68: Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS

SebatikCT-68: Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS: Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS

Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS

Harakahdaily, 21 Mei 2012


(Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS - gambar Sinarharian.)

TAIPING: Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS malam tadi.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Ia diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Bukan mahu jadi calon



Dalam ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.

Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan memb

Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS

Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS

Sunday, March 25, 2012

PEMOHON SIJIL LAHIR LEWAT DI SEMPORNA

Tabiat Orang Kita


TABIAT ORANG KITA

Kita buat baik dah orang kata
tanggungjawab kita
Kita buat salah orang tak pernah
Lupa, dan cepat-cepat mahu
hantar masuk penjara
Kita susah orang kata tak apa,
sudah takdir anda
Kita sakit isteri juga yang
sanggup jaga
Kita gagal, orang kata itu perkara
biasa
Kita berjaya, orang-orang mula
Cemburu tak terkata
Kita kaya sikit, orang mula curiga
dan tuduh kita amal rasuah
Kita sokong dan undi pemimpin
tertentu, orang kata kita mungkin
dah terima apa-apa
Itulah tabiat orang kita, suka
sangat buruk sangka, buruk sangka yang bawa segala
sengketa
Berubahlah wahai saudara
Sebelum kita menjadi parah dan
kita pula rebah.

Nukilan  : YB DATUK TAWFIQ  TITINGAN


Dibaca oleh Datuk Tawfiq pada 26.3.2008
Perhimpunan Agung UMNO ke-59
di PWTC